Posts

Why Chemistry Subjects are harder than date with Selena Gomez?How to score good result in Chemistery?

Jangan salah faham tajuk tu  bukan saya yang letak..Itu tajuk yang saya dapat melalui web idea generator..Ramai cakap Kimia susah.Bukan setakat kawan-kawan,junior-junior bahkan ada senior-senior yang cakap kat saya masa saya naik form 4...Saya pun lalui fasa yang sama…Alhamdulilah saya lalui dengan baik..Bayangkan Kimia saya tak pernah jejak C pun wei,dari awal tahun sampai akhir tahun form 4 SAya naik form 5,baru saya dapat merasa dapat A..Kalau tak selama ni punya la susah...Saya akan kongsikan apa yang perlu anda semua buat.. Tips untuk mantapkan subjek Kimia: 1.Fahami konsep dan fakta Kimia ni lebih kepada fahami konsep tapi fakta kena jugak la..Kimia bukan perlu study macam Biologi..Biologi memang perlu penguasaan fakta 100%..Tapi kimia bukan macam tu.. 2.Mahirkan diri dengan   perkara   yang basic Contoh benda basic dalam kimia,struktur atom,bina persamaan dan seimbangkan,pengiraan melibatkan mol,jadual berkala unsur(Kumpulan 1,17,18,unsur peralihan)dan bab ikatan

Cara mudah mengingat warna garam

Image
Banyak alternatif yang boleh kita buat untuk hafal warna garam..Tapi bagi saya melalui lukisan saya dapat ingat warna garam dengan lebih mudah..Thanks to my friend,Amer bagi inspirasi untuk saya buat nota ni. Ramai tanya siapa yang saya lukis tu? Saya lukis Harry Kane..nampak sangat tak jadi..memandangkan Harry Kane antara pemain yang saya minat,so sayau lukis dia...Apa apa pun fokus dekat maklumat dalam tu bukan lukisan dia.. Ada beberapa maklumat yang lupa nak letak iaitu: 1.Semua ion Ferum(II) adalah hijau kecuali FeO 2.Semua ion kuprum(II) adalah biru kecuali  CuCO 3 dan CuO

Cara mudah mengingat ujian anion

Image
Untuk guna kaedah ni..kena tgk orang sebelah dia...sebagai contoh nak uji..Ion klorida..sebelah dia ion nitrat..So,dia  punya keyword Ion Hidrogen d an  Ion Argenetum ..Ion  Hidrogen dan Ion Nitrat bertindak balas Ion Hidrogen hasilkan, HNO 3 , Asid nitrik . . .Untuk Ion Argentum pulak bertindak balas dengan Ion nitrat menghasilkan Argentum Nitrat, A gNO 3.. Sebagai contoh,jika ada soalan yang mintak untuk terangkan cara untuk menguji Ion klorida dalam larutan X,Kena guna step ni: 1.Tambah 2cm3 larutan Asid nitrik ke dalam larutan X 2.Tambah 2 cm3 larutan Argentum nitrat ke dalam larutan X 3.Goncang larutan sehingga sebati 4.Mendakan putih terbentuk Untuk cara mengingat anion ni..Ion karbonat dia lain sikit step dia 1.Tambah 2cm3 Asid  Hidroklorik   2.Alirkan larutan ke dalam tabung uji berisi air kapur 3.Air kapur menjadi keruh

Bab 1:Pengenalan kepada kimia

Apa itu kimia? Kimia ialah kajian tentang komposisi,struktur,sifat dan interaksi antara jirim Kaedah saintifik 1)Membuat pemerhatian 2)Membuat inferens 3)Mengenal pasti masalah 4)Membuat hipotesis 5)Mengenal pasti pemboleh ubah 6)Mengawal pemboleh ubah 7)Merancang eksperimen 8)Mengumpulkan data 9)Mentafsirkan data 10)Membuat kesimpulan 11)Menulis laporan Bab ni tak selalu sangat masuk,kalau adapun dalam buku latihan je..dan kalau ada cikgu yang saje saje letak dalam exam(macam saya kena masa PPT form 4)satu soalan je pun..itu pun objektif

SPM Kimia 2018!!

Alhamdulilah,syukur dapat menjawab kertas Kimia dengan baik..Kertas kimia tu paper last untuk SPM bagi pelajar aliran Sains Tulen..Alhamdulilah,dapat jawab semua dengan baik dan tak tinggal tempat kosong..Cuma saya mengharapkan bab garam untuk keluar lebih banyak soalan tapi nampaknya  keluar bahagian struktur je.. Kimia adalah subject yang paling saya suka..Sebab tu untuk isi masa lapang aku buat blog..Saya harap saya dapat capai impian saya..Saya nak sambung bidang Chemistry yang lebih tinggi..Saya tak sabar nak teroka dunia baru..Sifu Saya selalu cerita pengalaman dia masa belajar..macam-macam..Doakan saya..Sambil share cerita saya..Saya akan share sikit nota-nota dan latihan berkaitan Kimia..takkan Bahasa Arab kut...dah nama pun blog kimia #kimiaspm2018

Salam Perkenalan

Nama panggilan saya Akmal..Saya lebih suka kalau orang panggil saya Akmal..Bukankah,nama Akmal tu membawa maksud yang baik? SAya Pelajar SPM Pulau Pinang 2018.. Masih belajar lagi sambil-sambil tu saje-saje tulis blog.. Blog ni ditubuhkan untuk kongsi ilmu dan pengalaman dengan semua orang. Saya seorang yang sangat minat dengan subjek Kimia. Ilmu dan pengalaman yang saya dapat akan saya share ke dalam blog ini...Saya harap semua orang akan dapat manfaat daripada apa yang saya share.. Doakan saya agar dapat menjadi seperti Sifu saya suatu hati nanti...